Keputusan pilihan raya umum 2008 Hannah_Yeoh_Tseow_Suan

TahunDUNUndian diperolehiMajoritiUndian keseluruhanLawan
2008N31 Subang Jaya23,45913,85133,067Ong Chong Swen (BN - MCA)

Yeoh mengendalikan sebuah pusat perkhidmatan dan operasi yang ditempatkan di sebuah kedai yang terletak di 24, Jalan SS14/1A, Subang Jaya untuk memudahkan pertemuan dengan penduduk kawasannya serta untuk mengatasi masalah mereka. Beliau terperanjat apabila dibanjiri oleh masalah-masalah remeh-temeh dari tikus sehingga lampu jalan yang sepatutnya ditangani oleh anggota majlis tempatan.[5] Memahami bahawa peranannya adalah untuk "mewakili para pengundinya dengan berkesan dari segi dasar pada peringkat Dewan Undangan Negeri" dan bukan untuk mengatasi "masalah longkang", strategi Yeoh adalah untuk menggalakkan pengambilan anggota Majlis Perbandaran yang bermutu dari kalangan wakil penduduk.